Pendawaian Elektrik (Electrical Wiring)

Pendawaian elektrik secara umum merujuk kepada konduktor ditebat yang digunakan untuk mengalirkan elektrik kepada alat-alatan yang berkaitan. Pendawaian elektrik digunakan untuk memberi tenaga elektrik dalam bangunan atau struktur tertentu, yang biasanya dirujuk sebagai Pendawaian Domestik atau Pendawaian Industri. Pendawaian domestik adalah pendawaian yang dibuat dirumah-rumah atau pun permis kediaman manakala pendawaian industri dibuat dikilang-kilang perindustrian Beberapa ciri-ciri pendawaian elektrik yang biasa dilakukan di Malaysia
1) Pendawaian permukaan ( surface )
2) Pendawaian tersembunyi (conceal )
3) Pendawaian pembuluh ( conduit )
4) Pendawaian sesalur (trunking )
5) Pendawaian bawah tanah (underground)


Pendawaian permukaan (surface wiring)
Biasanya dilakukan pada binaan yang diperbuat dari kayu (rumah papan) dan juga pada penambahan atau pengubahsuaian pendawaian pada bangunan yang telah siap dibina. Walau bagaimanapun pendawaian permukaan ini telah melalui beberapa proses penambah baikan dengan ujudnya sesalur dan pembuluh PVC yang menjadikan pendawaian lebih kemas, cantik dan mudah dipasang.

Pendawaian tersembunyi (conceal wiring)
Biasanya dilakukan ketika bangunan dalam pembinaan, namun begitu ada juga yang menambah/mengubahsuai pendawaian dengan cara ini kerana lebih mementingkan kekemasan dinding terutamanya rumah atau pejabat. Walau bagaimanapun ia lebih rumit dilakukan pada bangunan atau rumah yang telah siap dibina.

Pendawaian pembuluh (conduit wiring)
Boleh dilakukan secara permukaan atau pun secara tersembunyi, biasanya dilakukan pada tempat-tempat yang memerlukan perlindungan dari kerosakan mekanikal seperti didalam kilang, bengkel, makmal atau pun diluar bangunan supaya lebih tahan cuaca.

Pendawaian sesalur (trunking wiring)
Kebiasaannya pendawaian ini dilakukan dikilang-kilang perindustrian, bangunan komplek, kondominium, rumah pangsa dan sebagainya. Sesalur yang digunakan boleh memuatkan berpuluh-puluh kabel pendawaian bergantung pada saiz sesalur tersebut. Selain dari jumlah pendawaian yang banyak ia juga bertindak sebagai perlindungan mekanikal dan cuaca.

Pendawaian bawah tanah (underground)
Pendawaian ini mengunakan pembuluh atau pun kabel khas yang dipanggil kabel berperisai (armour cable) ia dilakukan untuk menyalurkan tenaga elektrik antara bangunan dengan bangunan lain yg menggunakan punca tenaga elektrik yg sama, pendawaian dari rumah ke pintu pagar automatik kawalan jauh(auto gate), pendawaian lampu laman rumah atau pun lampu pagar, telaga tiub dan sebagainya.


Sungai Petani