MEMILIH PENYAMAN UDARA(AIRCOND) DENGAN BETUL

Penting untuk kecekapan penggunaan tenaga (Aircond)
Tahukah anda bahawa memilih penyaman udara yang sesuai dengan ruang atau bilik mengikut spesifikasi yang betul adalah penting dalam menentukan kecekapan penggunaan tenaga, sekiranya terlalu besar (tinggi hp) penggunaan tenaga akan melebihi kewajaran  padahal sudah memadai dengan yang lebih kecil (rendah hp), manakala menggunakan penyaman udara yang lebih kecil (rendah hp) dari yang sepatutnya juga akan menyebabkan penggunaan tenaga secara berterusan dalam tempoh yang lebih lama. 
Oleh kerana ketidak cekapan dalam penggunaan tenaga akan menyebabkan bil anda meningkat, tempoh hayat penyaman udara anda juga menjadi singkat.

PENEBAT HABA
Kebanyakan orang tidak tahu bahawa memasang penebat haba dengan berkesan seperti diatas siling, langsir berwarna cerah, teduhan tingkap, kaca tingkap yang memantul cahaya dan sebagainya boleh menyebabkan beban haba yang terhasil didalam bilik akan berkurangan dan suhu menjadi lebih rendah atau mudah rendah. Dengan mengurangkan beban kerja sekaligus mengurangkan penggunaan tenaga dan memanjangkan tempoh hayat penyaman udara anda. Apa yang lebih penting, biarlah kecekapan penggunaan tenaga menjadi bonus pada anda bukan pada TNB.