Penyaman Udara ( Aircon )

Penyaman udara
sering dirujuk sebagai penghawa dingin, pendingin hawa, air con, atau AC. (jangan keliru dengan singkatan AC untuk arus ulangalik atau alternating current) Penyaman udara adalah diantara perkakasan rumah, bersistem atau mekanisme yang direka untuk mengatur/mengubah suhu dan kelembapan udara dalam suatu ruang atau kawasan, AC juga digunakan untuk penyejukan dan kadang-kadang pemanasan bergantung kepada keadaan suhu semasa ia berfungsi mengikut suhu yang ditetapkan secara automatik. AC biasanya digunakan di negara-negara beriklim panas dan beriklim tropika. AC juga boleh dikategorikan sebagai peralatan mewah kerana harganya yang tinggi. Namun begitu bagi sesetengah orang beranggapan ianya bukan sekadar mendingin dan menyamankan udara tetapi memberi kesan persekitaran yg lebih bersih dengan kelembapan udara disesuatu ruang sehingga mewujudkan suasana yang harmoni, udara yang berkualiti serta sihat dan selesa pada tubuh dan emosi. Penyaman udara atau AC telah melalui sejarah yg panjang beratus-ratus tahun lamanya sehingga kehari ini dan terus dimajukan sesuai dengan perkembangan peredaran masa.