Showing posts with label Wiring. Show all posts
Showing posts with label Wiring. Show all posts

Pendawaian Elektrik (Electrical Wiring)

Pendawaian elektrik secara umum merujuk kepada konduktor ditebat yang digunakan untuk mengalirkan elektrik kepada alat-alatan yang berkaitan. Pendawaian elektrik digunakan untuk memberi tenaga elektrik dalam bangunan atau struktur tertentu, yang biasanya dirujuk sebagai Pendawaian Domestik atau Pendawaian Industri. Pendawaian domestik adalah pendawaian yang dibuat dirumah-rumah atau pun permis kediaman manakala pendawaian industri dibuat dikilang-kilang perindustrian Beberapa ciri-ciri pendawaian elektrik yang biasa dilakukan di Malaysia
1) Pendawaian permukaan ( surface )
2) Pendawaian tersembunyi (conceal )
3) Pendawaian pembuluh ( conduit )
4) Pendawaian sesalur (trunking )
5) Pendawaian bawah tanah (underground)


Pendawaian permukaan (surface wiring)
Biasanya dilakukan pada binaan yang diperbuat dari kayu (rumah papan) dan juga pada penambahan atau pengubahsuaian pendawaian pada bangunan yang telah siap dibina. Walau bagaimanapun pendawaian permukaan ini telah melalui beberapa proses penambah baikan dengan ujudnya sesalur dan pembuluh PVC yang menjadikan pendawaian lebih kemas, cantik dan mudah dipasang.

Pendawaian tersembunyi (conceal wiring)
Biasanya dilakukan ketika bangunan dalam pembinaan, namun begitu ada juga yang menambah/mengubahsuai pendawaian dengan cara ini kerana lebih mementingkan kekemasan dinding terutamanya rumah atau pejabat. Walau bagaimanapun ia lebih rumit dilakukan pada bangunan atau rumah yang telah siap dibina.

Pendawaian pembuluh (conduit wiring)
Boleh dilakukan secara permukaan atau pun secara tersembunyi, biasanya dilakukan pada tempat-tempat yang memerlukan perlindungan dari kerosakan mekanikal seperti didalam kilang, bengkel, makmal atau pun diluar bangunan supaya lebih tahan cuaca.

Pendawaian sesalur (trunking wiring)
Kebiasaannya pendawaian ini dilakukan dikilang-kilang perindustrian, bangunan komplek, kondominium, rumah pangsa dan sebagainya. Sesalur yang digunakan boleh memuatkan berpuluh-puluh kabel pendawaian bergantung pada saiz sesalur tersebut. Selain dari jumlah pendawaian yang banyak ia juga bertindak sebagai perlindungan mekanikal dan cuaca.

Pendawaian bawah tanah (underground)
Pendawaian ini mengunakan pembuluh atau pun kabel khas yang dipanggil kabel berperisai (armour cable) ia dilakukan untuk menyalurkan tenaga elektrik antara bangunan dengan bangunan lain yg menggunakan punca tenaga elektrik yg sama, pendawaian dari rumah ke pintu pagar automatik kawalan jauh(auto gate), pendawaian lampu laman rumah atau pun lampu pagar, telaga tiub dan sebagainya.


Sungai Petani

Pasang Air Cond di Bandar Laguna Merbok, BLM 5/52 Sungai Petani

Wiring untuk air cond yang tersedia ada, malangnya diluar tidak ada lokasi yang sesuai untuk dipasang outdoor unit. Bukannya tak boleh tetapi terlalu jauh, ini akan menyebabkan Piping gas terlalu panjang dan tidak enak mata memandang.


 Setelah berbincang dan dijelaskan pada tuan rumah, lokasi ini dipilih untuk indoor unit jadi tepaksalah buat wiring baru.


York 1.5HP tersedia untuk dipasang
Wiring Sungai Petani


Mounting untuk outdoor unit


Akhirnya siap dipasang, yg nampak hanya drain pipe, cuba bayangkan tempat asal tepi tingkap betul-betul dibawah mangkuk astro tu keluar piping macam gambar kat atas tu, lepas tu sambung terus ke outdoor unit...sakit mata melihatnya.
Wiring Sungai Petani
Hubungi Zul - 0195433959 Untuk perkhidmatan wiring baru, tukar yang lama, ubahsuai, tambah wiring pasang peralatan elektrik seperti Air-cond, lampu, kipas siling dan sebagainya untuk pejabat,permis perniagaan dan rumah.

Pendawaian(wiring) Bungalow di Kampung Pegawai Tikam Batu

Kelihatan Masjid Pekula Tikam Batu dalam pemandangan



Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan 

Kerja-kerja pemasangan konduit untuk pendawaian perlu dibuat terlebih dahulu sebelum dinding diturap/plaster.


Bungalow ini berketinggian lebih 20kaki, kerjasama dengan pihak kontraktor diperlukan untuk memudahkan kerja-kerja pendawaian(wiring).