Hubungi/Sms Yazi - 019 4444314 Untuk perkhidmatan pendawaian elektrik (electrical wiring) baru, tukar yang lama atau ubahsuai dan pemasangan peralatan elektrik seperti Aircon, lampu, kipas siling, soket 3pin dan sebagainya untuk pejabat,permis perniagaan dan rumah kediaman.
Penyelenggaraan dan penjagaan penyaman udara (aircond)
Masa yang terbaik untuk servis penghawa dingin (aircond) adalah sebelum ia benar-benar diperlukan atau dalam erti kata terpaksa dilakukan(rosak).
Penjagaan
Penyelenggaraan dan pembersihan yang kerap adalah sangat penting. Vakum mana-mana bahagian yg berhabuk cuci penapis sebulan sekali supaya aliran udara ke cooling coil tidak terganggu. ini dapat memastikan aircord anda sejuk secara maksima dengan sempurna mengikut spesipikasinya. Penapisnya juga boleh dicuci dengan air, sekiranya terlampau kotor boleh juga menggunakan cecair pencuci pinggan mangkuk untuk membersihkannya. Setelah dicuci pastikan penapis tersebut betul-betul kering sebelum di pasang semula.
Penyelenggaraan atau kerosakan-kerosakan yang memerlukan Juruteknik yang berkaitan
Untuk membersihkan gegelung penghawa dingin, pastikan punca kuasa dari unit diputuskan dahulu. Gunakan sarung tangan dan pelindung mata keselamatan, tanggalkan penutup unit, semburan dimulakan dengan air untuk membasahkan kotoran, kemudian diikuti dengan menyembur campuran cecair pencuci dan air dibiarkan selama 5 minit. Seterusnya dibilas dengan semburan air bersih. Pastikan unit tersebut kering sepenuhnya sebelum dipasang semula.
*Peringatan:-
Penyenggaraan peralatan elektrik dan yang berkaitan dengannya adalah merbahaya oleh itu ianya hendaklah dikendalikan oleh pihak yang bertauliah.